EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cipta Momen Indah Bersama Di Resort Terbaik Di Asia Tenggara

0 month ago, 03-Dec-2019

Song Saa Private Island, Sihanoukville, Kemboja

Menerima jolokan The Maldives of Asia, Song Saa Private Island menjanjikan satu pengalaman percutian yang menenangkan. Terletak di daerah Sihanoukville, ia berkonsepkan tropika dan kebanyakan binaan di resort menggunakan material organik yang begitu dekat dengan jiwa dan seni kebudayaan tempatan. Cosmo sukakan vibe di sini yang mengasingkan kamu daripada kesibukan kota.

Menariknya, resort ini menyediakan pelbagai aktiviti riadah untuk tetamu seperti sesi urutan tradisional, senaman yoga, meditasi, berkayak ke hutan paya bakau, island safari dan banyak lagi. Song Saa juga tampil dengan pakej bulan madu di mana pasangan akan menikmati percutian indah penuh romantis mengikut pakej pilihan.

Tampil dengan tiga jenis konsep iaitu Over Water, Jungle dan Ocean View, kesemua 24 unit vila mempunyai kolam mandi peribadi dengan pemandangan menghadap lautan biru. Oh ya, keasyikan alunan bayu yang segar mungkin bakal membuat kamu terlupa untuk berkepit dengan telefon pintar. Apa yang pasti, Song Saa diiktiraf sebagai antara resort mewah bertaraf lima bintang terbaik di Asia Tenggara!


SUMBER : cosmopolitan.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...