EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cinta Tak Kenal Bangsa. Pensyarah Bertemu Jodoh Dgn Jejaka Kashmir, Beza Usia 10 Tahun Bukan Penghalang

0 month ago, 08-Jun-2021

Negara India bukanlah dalam senarai percutian saya untuk saya mengembara secara solo

Demikian pengakuan seorang wanita rakyat Malaysia yang tular kerana bertemu jodoh selepas menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Kashmir dekat India.

Namun tiada siapa menduga, wanita berkenaan kini bergelar isteri kepada warga Kashmir yang merupakan pemandu pelancongnya sewaktu berkunjung ke negeri di utara India itu.

Brkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nurul Aini Osman berkata, dia sebenarnya suka melancong ke kebanyakan destinasi dunia dan sering melakukan pengembaraan solo.

Dia yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun mengakui Kashmir bukan menjadi pilihan pengembaraannya sebelum berkunjung ke destinasi percutian itu buat pertama kali.

Sebenarnya India bukanlah dalam senarai percutian saya untuk saya mengembara secara solo kerana berisiko untuk saya seorang perempuan ke sana bersendirian.

Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya, katanya kepada mStar.

Di salah satu destinasi menarik di Kashmir. Gambar (kanan) berkahwin pada 2020.

Lebih mesra disapa Aini, katanya, perkenalannya bersama jejaka Kashmir bermula tahun 2017 itu hanya sekadar rakan biasa, namun sering bertanya khabar antara satu sama lain.

Saya tahu dia bekerja sebagai tour guide di sana, jadi selalu juga dia hantar promosi pakej pelancong dari semasa ke semasa. Dia juga sering bertanya khabar.

Hati saya hanya terdetik untuk ke Kashmir apabila sepupu mahu bercuti ke sana dan meminta bantuan saya untuk mencari pakej-pakej menarik memandangkan saya selalu travel.

Saya pun minta bantuan dia dan mendapatkan khidmatnya sebagai pemandu pelancong sepanjang lawatan saya bersama sepupu sekeluarga dan rakan-rakan di Kashmir pada 2018, ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Menurut pensyarah itu, lawatan ke Kashmir juga begitu singkat iaitu hanya empat hari dan tiga malam, kerana mereka perlu ke beberapa destinasi lain di India selepas itu.

Walau bagaimanapun kata Aini, pemandu pelancong itu yang bernama Obaid Yousuf Shangloo terus berhubung dengannya selepas dia pulang ke Malaysia.

Suatu hari, dia beritahu mahu berkenalan dengan saya lebih rapat. Saya ambil kira faktor kami berjauhan di Malaysia-Kashmir selain usianya yang begitu muda baru 20-an.

Saya beritahu dia kalau benar dia nak berkenalan dengan saya lebih rapat, dia kena datang ke Malaysia. Dia buktikan keikhlasan dan keberaniannya dengan datang berjumpa saya di Kuala Lumpur, dan itulah kunjungan pertamanya ke Malaysia.

Saya kemudian pergi lagi ke Kashmir dan dia bawa saya jumpa keluarganya, dan dia berjumpa dengan keluarga saya pada akhir 2018 sebelum kami bertunang pada 2019, katanya sambil menambah suaminya kini berusia 25 tahun.

Aini terpikat dengan keikhlasan dan keberanian suaminya.

Menurut Aini, mereka kemudian disatukan sebagai suami isteri pada Mac 2020, kira-kira seminggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Terkandas bersama suami di Kashmir selama enam bulan tahun lalu berikutan pintu sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19, Aini dan suami kini berada di Malaysia.

Walaupun muda, tapi keperibadian suami lebih matang dari usianya. Dia seorang yang bertanggungjawab, penyabar dan bertolak ansur apa yang lebih penting keikhlasan dan keberaniannya buatkan hati saya menerima dia seadanya, katanya.

:mstar

Kredit penulis:Iwan Shu-Aswad Shuaib

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...