EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Si Cilik Mengantuknya Mumia tular, wajah comel dikatakan mirip Tengku Jihan

5 month ago, 10-Jan-2020

Sejak dua hari lepas, kanak-kanak yang tular menari mengikut rentak lagu Mengantuknya Mumia dari Didi & Friends telah mendapat perhatian warganet.

Gelagat spontan kanak-kanak perempuan berseragam sekolah itu dimuat naik menerusi laman sosial Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fazriena telah membuatkan ramai yang geram dengan aksi comelnya.

"mengantok mengantok nak tido mana, mengantok mengantok tolong lah saya".

student usu lead lagu hahaha comel ???? pic.twitter.com/mrY4iEDhqb

elza (@faxriena) January 8, 2020

Video tersebut juga telah tular sehingga ke Indonesia dan mendapat pelbagai komen daripada netizen. Paling mencuri tumpuan adalah komen yang dibuat oleh pengguna Twitter yang menyamakan wajah comel kanak-kanak bernama Issabelle itu mirip puteri bongsu kepada KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

@jihanabdullah27 time kecik ke https://t.co/E1qGiac2gU

OhMyPoco (@gm_ascarlx) January 9, 2020

Pertanyaan itu juga telah dibalas oleh Tengku Jihan menerusi akaun Twitternya dengan berseloroh mengiyakan kenyaataan tersebut.

Menerusi gambar-gambar sewaktu kecil Tengku Jihan, sememangnya Issabelle kelihatan agak mirip dengan puteri bongsu kerabat negeri Pahang itu.

Sehubungan dengan tweet tersebut, rata-rata warganet mengakui bahawa Issabelle sememangnya agak mirip dengan Tengku Jihan.

Mereka juga sempat berjenaka dengan kerabat Pahang tersebut yang sangat ramah serta tidak kisah bergurau dengan pengikutnya di Twitter.

: YPJ, OhmyPoco


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...