EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cikgu solek anak murid dengan kesan melecur buat abam bomba terkedu!

0 month ago, 10-Oct-2019

Latihan kebakaran di sekolah dengan kerjasama pihak jabatan bomba dan penyelamat merupakan satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan beberapa kali dalam setahun.

Tujuannya adalah untuk memastikan semua warganya bersedia menghadapi segala kemungkinan berkaitan kemalangan yang melibatkan kebakaran.

Oleh itu, bagi mendapatkan kesan yang lebih dramatik, seorang guru telah melakukan solekkan ke wajah beberapa orang anak muridnya seakan-akan melecur akibat terkena api.

Menerusi Facebook Hafizah Abdul Rani Shafi, dia telah memuat naik beberapa gambar semasa dia sedang melukis kecederaan di wajah dan anggota badan anak muridnya dengan tekun.

Hasil solekan tersebut begitu realistik sehinggakan kelihatan hidup dan seakan betul-betul melecur.

Anggota bomba yang bertugas semasa latihan kebakaran di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir itu juga menyatakan seolah-olah murid tersebut benar-benar tercedera ditambah dengan lakonan mereka yang kelihatan berada dalam kesakitan.

Sehubungan dengan itu, menerusi komen yang diperoleh daripada Facebook Hafizah, rata-rata rakan sosial medianya memuji hasil kerja guru tersebut yang sangat berseni.

Mereka turut menyarankan agar wanita itu mengembangkan bakatnya kerana hasil sentuhan solekan Hafizah seperti seorang yang profesional.

: Hafizah Abdul Rani Shafi

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...