EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dia Tu Cikgu Renang Anak Saya Tular Foto Mesra Dengan Seorang Lelaki, Zarina Anjoulie Dedah Masih Belum Sedia Nak Berkahwin

1 month ago, 07-Dec-2022

Baru-baru ini pelakon, Zarina Anjoulie memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dia meluangkan masa bersama seorang lelaki misteri.

Dalam pada itu, dalam satu hantaran lain yang dibuat di TikTok, dapat dilihat Zarina berpegangan tangan bersama lelaki tersebut dalam sebuah bilik pameran motosikal berkuasa tinggi.

Advertisement

Foto dan video itu menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat yang berpendapat bahawa jejaka berkenaan merupakan kekasih baharunya.

Walau bagaimanapun, Zarina atau lebih mesra disapa dengan gelaran Anju tampil mendedahkan bahawa lelaki misteri itu merupakan guru renang anaknya.

Menurut laporan sumber, Anju berkata jejaka berikut hanyalah seorang rakan dan buat masa ini dia masih belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Saya kadang-kadang ada juga kawan lelaki. Biasalah, kita kawan-kawan. Kalau nanti saya betul-betul ada ‘boyfriend‘, saya akan beritahu….

…Dia itu cikgu swimming (renang) Martin. Kami hanya kawan…”

@ur44.8

Kita mampu merancang Allah yang menentukan. #fyp #zarinaanjoulie #datosrikhazrul

? original sound – ?baim – ?baim

Terdahulu, Zarina Anjoulie mendapat perhatian warganet apabila beberapa gambar dia dan seorang lelaki didapati berpelukan seolah-olah pasangan kekasih.

Zarina juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang berasal dari Brunei pada 2015 dan berpisah pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan itu, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang berusia enam tahun.

zarina anjoulie
1 minggu lalu

"Doakan Hubungan Kami" - Kongsi Gambar Berpeluk Mesra Dengan Lelaki, Zarina Anjoulie Bakal Berkahwin Lagi?

Dia Tu Cikgu Renang Anak Saya Tular Foto Mesra Dengan Seorang Lelaki, Zarina Anjoulie Dedah Masih Belum Sedia Nak Berkahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.