EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Christopher Fayers: Kalaulah Saya Ada Pertalian Darah Dengan Malaysia

1 month ago, 13-Jan-2020

Kelibatnya kelihatan lagi bersama Terengganu FC ketika pasukan dari Pantai Timur itu bertemu juara Liga Kemboja, Svay Rieng FC, malam tadi di Stadium UM Arena. Adakah Christopher Fayers masih menaruh harapan untuk diikat pasukan Liga Super itu?

Walaupun tidak bermain, pemain berusia 22 tahun itu kelihatan berada di stadium tersebut selepas lebih seminggu berlatih bersama Sang Penyu di Kuala Terengganu. Ketika Terengganu bertemu Kelantan United, pemain ini beraksi untuk lawan.

Pengendali, Nafuzi Zain sebelum ini telah menjelaskan tentang situasi Christopher Fayers kepada Semuanya BOLA dan berkata sekiranya beliau adalah pemain kacukan Australia-Malaysia, Terengganu sudi menyambutnya dengan tangan terbuka.

Semuanya BOLA berpeluang untuk menemuramahnya selepas perlawanan persahabatan tersebut bagi mendapatkan kepastian lebih lanjut mengenai status dirinya bersama Terengganu.

Sebenarnya ibu saya memiliki pertalian darah dengan Indonesia, jadi saya kacukan Australia-Indonesia. Dia berketurunan Batak dari Sumatera. Mungkin dia ada pertalian darah dengan Malaysia.

Jadi, jika ianya dapat disahkan, sudah tentu saya gembira untuk memiliki kerakyatan Malaysia, jelasnya lanjut mengenai dirinya.

Menurutnya, beliau amat tertarik dengan kualiti yang ada di Liga Malaysia, malah gaya permainan Terengganu juga membuatkan dirinya seakan-akan terikat untuk terus bersama Sang Penyu.

Bola sepak di Malaysia sebenarnya telah mengejutkan saya. Tahap permainannya sangat baik secara teknikalnya. Pernah bermain di Sepanyol sebelum ini membantu saya beradaptasi dengan corak pemainan yang telah diterapkan oleh Nafuzi [Zain], ujarnya.

Sejujurnya tidak pernah, tuturnya apabila ditanya adakah beliau pernah mendengar tentang Liga Malaysia sebelum datang ke sini.

Christopher Fayers turut memaklumkan yang beliau masih mencari peluang untuk bermain di Malaysia dan terdapat pasukan-pasukan yang telah menghubunginya, namun masih awal untuk katakan.

Ia seminggu yang sangat mengujakan buat saya untuk berlatih bersama Terengganu tetapi sayangnya pasukan mereka telah penuh [kouta import]. Buat masa sekarang, skuad mereka telah lengkap, seperti yang telah dimaklumkan kepada pihak saya.

Saya rasa gaya permainan di sini sesuai dengan saya, tambahnya lagi sambil memaklumkan memang ada minat di pihak Terengganu tetapi buat masa sekarang, sukar buatnya untuk menempatkan diri.

Terengganu sudah memiliki kouta pemain import yang mancukupi iaitu lima pemain dan sekiranya beliau dapat membuktikan dirinya ada berketurunan Malaysia, Nafuzi Zain pasti akan merekrutnya.

Kredit Foto: Terengganu FC


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...