EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

China Beri 100,000 Topeng Muka ke Malaysia

0 month ago, 20-Mar-2020


Dalam usaha pembendungan wabak covid-19 yang tengah melanda negara kita ketika ini, China terus memberi bantuan sebanyak 100,000 keping topeng muka kepada petugas kesihatan. Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Menteri Luar mengatakan yang bantuan diberi China itu dibawa pesawat AirAsia dan akan tiba hari ini.


Menerusi hubungan akrab Malaysia-China dan hasil usaha perwakilan Malaysia, kita berjaya dapatkan topeng muka daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA). Hishammuddin juga berterima kasih kepada AirAsia kerana berkhidmat secara sukarela dan percuma untuk menerbangkan peralatan ini ke Malaysia serta berterima kasih juga kepada Raja Datuk Nushirwan (Zainal Abidin) dan Kedutaan Malaysia atas usaha ini. Perkara ini baru saja dimaklumkan Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan.

Hishamuddin juga berharap agar ia berupaya membantu Malaysia menangani wabak covid-19 ini. Semalam Berita Harian ada melaporkan yang bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh juga dihantar kerajaan China dalam usaha membantu Malaysia menangani wabak ini.

OHMEDIA : SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERJAYA MENCEGAH WANAK INI DARIPADA MENULAR. MALAYSIA BOLEH!

: Berita Harian | Datuk Seri Hishammuddin Hussien

+ Baca respon pembaca China agih 100,000 topeng muka ke Malaysia di Facebook Oh! Media.








: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...