EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#Cheras Wanita nekad bunuh diri telan 20 biji Paracetamol tertekan dirogol

0 month ago, 11-Sep-2020


Wanita berusia 24 tahun nekad membunuh diri dengan menelan 20 biji paracetamol akibat tertekan setelah menjadi mangsa rogol di rumah sewanya di Cheras.

Harian Metro melaporkan kejadian berlaku Ahad lalu itu disedari rakan serumah yang kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 9 malam.

Dalam laporannya, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu mendakwa dia diperkosa pada 4 September lalu selepas biliknya diceroboh lelaki dikenalinya yang juga rakan kepada teman serumah.

"Rumah itu didiami empat wanita bujang dan akibat kejadian itu mangsa yang tertekan sehingga bertindak memakan 20 biji paracetamol.

"Doktor yang merawatnya juga sudah membuat laporan polis dan mangsa kini stabil dan dibawa pulang ke kampung keluarganya di Johor.

"Kita juga mengambil keterangan rakan serumah bagi membantu siasatan, manakala suspek sudah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid. 

- CARI


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...