EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Chelsea kempunan khidmat Ter Stegen

0 month ago, 22-May-2020

MARC-Andre Ter Stegen dijangka menandatangani kontrak baharu lima tahun di Barcelona sekali gus menghampakan hasrat Chelsea yang memburu khidmat penjaga gol berwibawa.

Bintang Jerman itu muncul salah seorang penjaga gol terbaik dunia sejak menyertai Blaugrana daripada Borussia Monchengladbach pada 2014.

Ter Stegen, 28, berbaki dua tahun kontrak di Nou Camp dan Sport mendakwa Blues berhajat membawanya ke Stamford Bridge selepas jurulatih Frank Lampard mahu menggantikannya dengan Kepa Arrizabalaga yang prestasinya semakin kurang menyakinkan.

Kepa gagal menepati bayaran yuran 71.6 juta (RM380 juta) dikeluarkan kelab barat London itu yang membawanya dari Athletic Bilbao pada 2018.

Dengan rundingan antara Barca dan Ter Stegen dikatakan tergendala sebelum ini, media Sepanyol melaporkan Chelsea bersedia mencuba nasib.

Tetapi Sport kini menegaskan Ter Stegen dijangka menamatkan spekulasi dengan menandatangani perjanjian baharu pada bulan depan yang akan mengekalkannya bersama Barca sehingga 2025.

Rundingan lanjut antara penjaga gol itu dan Barca dijadualkan minggu depan dengan kedua-dua pihak berharap dapat memuktamadkan perjanjian.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...