EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cermin kereta dipecahkan, 8 kotak topeng muka hilang dicuri

7 month ago, 13-Feb-2020

Ketakutan dijangkiti wabak koronavirus COVID-19 telah menyebabkan permintaan terhadap topeng muka melonjak ke tahap ekstrem di pasaran sehingga dilaporkan harga topeng muka N95 kini menyamai harga emas.

Kekurangan bekalan topeng muka di China, Hong Kong dan Macau telah menyebabkan ia menjadi barangan berharga yang membuat segelintir orang terdesak sanggup mencuri dan merosakkan harta orang awam.

Dalam satu insiden yang dilaporkan Sin Chew Daily, sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Hong Kong telah dipecahkan cermin tingkap oleh kumpulan penjenayah yang terlihat terdapat beberapa kotak topeng muka di dalamnya.

Facebook

Dalam kejadian yang berlaku di Choi Yuen Estate, Sheung Shui, pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun berkata terdapat 8 kotak topeng muka N95 berkualiti tinggi yang telah diletakkan di atas tempat duduk bahagian belakang keretanya.

Lelaki ini yang dikenali sebagai Liao terkejut apabila mendapati keretanya telah dipecah masuk dengan kesemua kotak topeng muka yang amat bernilai itu dikatakan hilang disyaki telah dicuri.

Satu laporan polis telah dibuat dan ekoran kejadian, Polis Hong Kong Daerah Tai Po berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun untuk membantu siasatan.

Facebook

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat suspek lain yang terlibat ekoran kes masih dalam siasatan.

Pihak polis turut mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dengan tidak meninggalkan barangan berharga termasuk topeng muka di dalam kenderaan, kerana perbuatan itu mendedahkan kepada kegiatan jenayah.

Agak mengejutkan apabila kini terdapat orang yang sanggup mencuri kerana takut mengalami kekurangan topeng muka dan dijangkiti wabak.

Facebook

Untuk pengetahuan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan semua orang yang berada di kawasan terjejas dengan wabak COVID-19 supaya kerap mencuci tangan dan menjaga kebersihan.

Pemakaian topeng muka bukan solusi mutlak seseorang itu akan terselamat dan dilindungi daripada jangkitan virus sekiranya anda tidak menjaga kebersihan pada kadar yang baik dan sempurna.

Cermin kereta dipecahkan, 8 kotak topeng muka hilang dicuri Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...