EdisiViral.Com Search Guest Post Login

PKNP ceria raih tiga mata

19 month ago, 03-Feb-2018

PERBADANAN Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) mencatat kemenangan tipis menumpaskan Negeri Sembilan 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Super 2018 di Stadium Negeri, petang tadi.

Gol kemenangan dijaringkan Sokpheng Keo pada minit ke-49 selepas menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi.

PKNP FC ternyata tidak mahu mengecewakan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim apabila bertandang di Stadium Batu Kawan dalam saingan pertama sekali gus memastikan tiga mata penuh dibawa pulang.

STEINEBRUNNER (kiri) dan Abu Bakar di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. FOTO/MIKAIL ONG

Serangan bertali arus dilancarkan PKNP FC ke kubu Negeri Sembilan memaksa anak buah Jorg Peter Steinebrunner berhempas pulas mengawal gawang.

Negeri Sembilan cuba memberi saingan dengan membalas serangan namun berjaya dipatahkan dengan mudah oleh barisan pertahanan PKNP FC yang diketuai kapten pasukan, Mohd Nasriq Baharom.

Dua percubaan penyerang Negeri Sembilan hampir membolosi gawang lawan pada minit-minit akhir perlawanan tetapi tiang gol menjadi penyelamat sekaligus memastikan kemenangan pertama berpihak kepada PKNP FC.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com