EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Sah cerai, ujian berat dalam hidup' - Alha Alfa

0 month ago, 22-Mar-2020

USAHAWAN dan jurusolek, Datuk Alha Alfa mengesahkan sudah bercerai dengan isteri, Noor Azlin Ismail selepas enam bulan berkahwin.

Alha berkata, dia berterima kepada bekas isteri yang sudah membahagiakan dirinya selama enam bulan mereka berkahwin.

"Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tidak mahu perbesarkan hal ini supaya aib keduanya terjaga, tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya.

"Pertama sekali saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ini secara damai dan harap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan lagi.

"Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri yang sudah membahagiakan saya setengah tahun bersama. Mungkin kerana dia muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad. Saya kahwin dalam masa perniagaan sedang naik, banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan di masa tua nanti bersamanya terhenti di sini," katanya.

Alha berkata, faktor pekerjaan dan masa menjadi punca kepada perselisihan faham dalam perkahwinan mereka.

"Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja luar dan lain-lain lagi membuatkan dia tidak boleh terima kerjaya saya. Perkara ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak keluar bekerja.

"Saya risau nak keluar rumah untuk kerja. Saya hampir hilang diri saya. Betul, mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan, kehidupan dan pangkat saya, tetapi apabila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati. Sumpah saya faham dan cuba letak diri dalam keadaan dirinya.

"Siapa saya untuk memaksa dia memahami saya. Kehidupan kami normal macam biasa dan tempoh hari saya pun sudah nak jadi ayah, tapi dia keguguran. Mungkin belum rezeki. Tetapi apa yang saya pertahankan ini tidak panjang. Saya tidak mahu dia kemurungan, tekanan berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan sebagainya," katanya.

Menerusi status yang dimuat naik di Instagram, Alha turut meletakkan sekeping gambar badannya terluka kerana menghalang bekas isterinya daripada mencederakan diri.

"Gambar luka itu saya bergelut menghalang dia untuk mencederakan diri. Saya tak boleh dan kalah bab ini. Sebab saya tidak dibesarkan dalam situasi macam ini.

"Mungkin gurauan bagi dia, tapi ini sangat menakutkan saya. Jadi, saya melepaskan dia sebaiknya. Saya tidak boleh berhenti bekerja dalam bidang ini. Ini mata pencarian, syarikat dan kakitangan saya. Kalau saya mengalah, semuanya habis.

"Tidak mengapa, semoga dia berjumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya. Maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga. Saya kena terus kuat mnempuh ujian Allah ini. Biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya sudah cuba kurangkan makeup saya, niat berbulan madu ke Makkah tidak kesampaian kerana wabak Covid-19 ini," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...