EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cerai itu betul, pukul itu fitnah - Da'i Farhan

23 hours ago, 04-Dec-2019

DAI Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad menafikan tuduhan dia memukul dan mengurung bekas isterinya seperti didakwa oleh seorang wanita bernama Asiah.

Dalam catatan di laman Facebook, Asiah mendakwa juara rancangan realiti dakwah Da'i musim kedua itu mencederakan bekas isterinya, Fatin Nurul Ain.

"Untuk yang cerai itu memang betul. Manakala untuk pukul, kurung dan berada di China sekarang memang fitnah berniat jahat terhadap saya," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Selasa minggu lalu, isu rumah tangga Dai Farhan mendapat perhatian apabila seorang individu bernama Ches Al-Maliki, rakan baik kepada isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain berkongsi surat terbuka mendedahkan pendakwah itu berkahwin dua dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertama.

Bagaimanapun, Farhan tampil membuat kenyataan dakwaan yang dibuat oleh Ches adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu.

Khamis minggu lalu, Farhan mendedahkan sudah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial selain memberi pengajaran agar warganet menggunakan medium itu dengan berhemah.

Berita berkaitan

'Tiada tindakan yang boleh katakan saya nusyuz'

Da'i Farhan buat laporan polis, tuntutan saman

Benda boleh bincang, kenapa nak gaduh


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...