EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cemas di Amber Court, tanah runtuh Genting Highlands

0 month ago, 06-Nov-2019

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands dekat sini, kira-kira 5.40 petang tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini, tiada kemalangan atau kematian dilaporkan dalam kejadian yang berlaku berhampiran dengan ruang pameran sebuah syarikat hartanah di situ.

Tanah runtuh itu telah menyebabkan laluan ke sebuah apartmen di situ secara keseluruhannya ditutupi tanah dan buat masa ini, kerja pembersihan sedang dilakukan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani, beliau bersama 23 orang anggotanya dan termasuk dua jentera telah bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.20 petang. 

Tambahnya, hampir 200 orang terperangkap selepas berlaku insiden tersebut. Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Kejadian ini tidak membabitkan kemalangan jiwa tetapi runtuhan itu menghalang laluan untuk ke hotel dan pangsapuri yang menggunakan laluan berkenaan dan ia tidak membabitkan laluan utama ke Genting Highlands. Buat masa ini, kontraktor sedang melakukan kerja pembersihan dan kita tidak pasti berapa lama tempoh diperlukan sebelum jalan itu boleh dilalui semula.

Manakala menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, hujan lebat tanpa henti di kawasan tersebut berkemungkinan menyebabkan tanah menjadi rekah sehingga runtuh.

Walaupun tidak ada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda, Yusuf turut memberitahu bahawa pihak pengurusan hotel di kawasan berkenaan turut bersama membersihkan laluan yang terlibat.


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic


loading...