EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Lo Celso rehat dua bulan cedera pinggul

0 month ago, 10-Sep-2019

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Giovani Lo Celso mengalami kecederaan pinggul yang menyaksikan pemain Argentina itu diketepikan hampir dua bulan, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Lo Celso, diikat Spurs pada hari terakhir jendela perpindahan dari kelab Sepanyol, Real Betis, cedera beraksi perlawanan antarabangsa ketika seri 0-0 dengan Chile minggu lalu yang mana dia digantikan pada awal babak kedua.

Pemain berusia 23 tahun itu muncul pemain baharu ketiga Spurs diketepikan kerana kecederaan sesudah pemain tengah Tanguy Ndombele terlepas dua aksi terakhir kerana cedera paha manakala Ryan Sessegnon masih belum membuat penampilan sulung kerana isu hamstring.

Giovani Lo Celso kembali awal ke Hotspur Way selepas menarik diri daripada skuad Argentina kerana kecederaan pinggul, menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Dia akan menjalani tempoh pemulihan dan dijangka kembali berlatih dengan pasukan utama menjelang hujung bulan Oktober.

Spurs, yang menghuni tangga kesembilan Liga Perdana seleaps empat perlawanan, menanti kunjungan Crystal Palace, Sabtu ini.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com