EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cecah usia 13 tahun, Khairy Jamaluddin bangga dengan anak sulung

0 month ago, 13-Sep-2020

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin memuat naik posting istimewa di laman Instagram sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya Jibreil Ali.

Ahli Parlimen Rembau itu dengan bangga berkata, anaknya yang mencecah usia 13 tahun itu semakin membesar untuk menjadi seorang insan yang baik.

Happy birthday to my teenager (gasp) @kugatv! Youre growing up to be a fine young man. Proud of you, son,tulisnya dengan memuat naik gambar bersama Jibreil atau mesra dipanggil Cougar.

Posting tersebut dihujani ucapan hari lahir selain mendoakan yang terbaik buat kehidupan Cougar yang melangkah ke alam remaja.

Khairy berkahwin dengan Nori Abdullah pada 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jibreil Ali, 13, Timor Abdullah, 12 serta Raif Leo Averroes, 5.

: Khairy Jamaluddin


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...