EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PICK catat rekod, lebih 150,000 dos diberikan semalam

0 month ago, 09-Jun-2021

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod terbaru apabila 151,309 dos diberikan semalam.

Angka tersebut melepasi sasaran 150,000 dos sehari seperti ditetapkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Menurut media sosial JKJAV, daripada 151,309 dos yang diberikan semalam, 105,722 untuk penerima suntikan pertama.

Bakinya iaitu 45,587 dos pula untuk pemerima dua dos.

Pemberian dos vaksin COVID-19 tertinggi sebelum ini direkodkan pada 3 Jun lalu apabila 117,563 dos diberi.

Angka itu genap 100 hari selepas pelaksanaan PICK akhir Februari lalu.

Baca artikel berkaitan: Lebih 300,000 individu sehari akan terima vaksin mulai Ogos

Tingkatkan 300,000 dos vaksin sehari, gesa 22 badan pemikir

Memetik laporan media semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan meletakkan sasaran pemberian 300,000 dos vaksin sehari pada Ogos.

Dengan itu, sasaran imuniti kelompok mampu dicapai lebih awal berbanding sasaran asal.

Dengan bekalan vaksin yang tiba lebih banyak, kerajaan meletakkan sasaran 150,000 dos diberikan sehari.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...