EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Naz Carpentry Gugur Saman Fitnah Terhadap Guru Tadika Yang Buat Fitnah Di Instagram Awal Ashaari

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Naz Carpentry telah menggugurkan saman fitnah siber terhadap seorang guru tadika yang bernama Mahfuzah Muhamad Muharrimi dari Ampang yang menggunakan identiti @mahfuzah.honey di Instagram dan Mahfuzah Remy di Facebook.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, sama tersebut telah digugurkan setelah guru tadika berkenaan meminta maaf kepada syarikat hiasan dalaman tersebut melalui Instagram TV.

Naz Carpentry menghantar surat tuntutan pada 23 November 2020 dan meminta Mahfuzah Muhamad Muharrimi memohon maaf dan membayar RM1,000,000.

Namun begitu, setelah guru tadika tersebut mengeluarkan permohonan maaf rasmi kepada syarikat hiasan dalaman tersebut, mengaku yang dirinya telah melakukan kesilapan dan memfitnah Naz Carpentry di laman media sosial Instagram milik Awal Ashaari dan di halaman Facebook beliau, maka Naz Carpentry tidak akan meneruskan saman. Guru tadika tersebut telah menghentikan perbuatan fitnahnya.

Pada masa ini, tidak ada keraguan mengenai fitnah yang telah dilemparkan terhadap Naz Carpentry oleh guru tadika tersebut, kata Saiful Ridzuan yang juga pengurus krisis Naz Carpentry dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.

Sebelum ini, Mahfuzah telah membuat kenyataan melalui posting dan komen pada 9 November 2020 melalui akaun Instagram miliknya dan memfitnah dengan mendakwa yang kononnya dia adalah salah seorang mangsa Naz Carpentry.

Selain itu, guru tadika tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Naz Carpentry melalui penerbitan di Facebook pada 23 Jun 2020.

Berikutan kenyataan, komen dan postings tersebut, Naz Carpentry telah mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat beranggapan pengasas dan syarikat tersebut merupakan penipu, biadap, tidak bermoral, tidak mempunyai sikap yang baik dan tidak layak dilayan dengan baik oleh masyarakat.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan dari NHA Advocates And Solicitors berkata, Kebanyakan komen yang diterima oleh Naz Carpentry telah menyebabkan masyarakat memandang serong kepada anak guam kami.

Kini terbukti yang fitnah tersebut dilakukan untuk menghina, menjatuhkan reputasi, memberikan komen negatif, mengugut anakguam kami dan menunjukkan masyarakat percaya dengan fitnah dan berita palsu tersebut.

Saman fitnah siber Naz Carpentry terhadap pengacara TV Awal Ashaari masih berlangsung. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...