EdisiViral.Com Search Guest Post Login

MLS: Carlos Vela Atasi Zlatan Ibrahimovic Bagi Raih Anugerah Pemain Paling Bernilai

0 month ago, 05-Nov-2019

Penyerang utama Los Angeles FC, Carlos Vela berjaya mengatasi pencabar terdekat, Zlatan Ibrahimovic yang sekaligus menobatkannya selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) Major League Soccer (MLS) 2019.

Kejayaan itu lebih bermakna apabila menjadikan pemain berusia 30 tahun tersebut sebagai pemain pertama dari Mexico yang memenangi anugerah ini.

Zlatan Ibrahimovic yang beraksi untuk LA Galaxy berada di tempat kedua manakala pemenang musim lalu, Josef Martinez di tempat ketiga.

Menurut sumber Goal, Vela menerima 80.33% undian daripada pemain, 65% daripada undian kelab manakala daripada pengamal media pula beliau mendapat 64% undian.

Penyerang kelahiran Cancun, Mexico itu nyata menikmati musim yang gemilang setelah mencetak 34 jaringan sepanjang musim yang sekaligus menjadikannya penjaring terbanyak, berkelebihan tiga gol di hadapan Ibrahimovic.

Pada saya [anugerah] ini hanya sebagai ganjaran terhadap segala usaha, kerja seharian ketika sesi latihan. Saya sangat gembira untuk mendapatkan trofi ini, ujar Carlos Vela bercakap ketika majlis penghargaan di Los Angeles, semalam.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...