EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sama cantik sama padan, majlis resepsi Ernie Zakri & Syamel pula jadi perhatian

0 month ago, 03-Apr-2021

Selepas seminggu mendirikan rumah tangga, penyanyi bersuara merdu Ernie Zakri dan suaminya Syamel mengadakan majlis resepsi di Bayswater KLCC, malam ini.

Kehadiran ahli keluarga, rakan artis dan kenalan rapat sekali gus meraikan hari bahagia pasangan merpati dua sejoli itu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Menerusi laman Instagram, gambar dan video sekitar majlis bertemakan black tie itu mula dikongsi melalui beberapa akaun seperti Hot FM, Era FM dan Tonton Xtra.

Ernie tampil anggun menggayakan busana berwarna putih rekaan AMAZE?, manakala Syamel yang juga penyanyi mengenakan sut lengkap berwarna hitam serta putih rekaan Shanell Harun.

Malah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang pasti menjadi tumpuan para tetamu.

Jumaat lalu, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Puncak Alam, Selangor selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

: Instagram Hot FM , Era FM , Tonton Xtra , Shanell Harun & Ernie Zakri



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...