EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cantik Manis Berselendang, Only One Of Gegar JDT & KL Pada 22-24 Nov Ini!

1 month ago, 08-Nov-2019

Nama kumpulan K-POP, Only One Of yang dibarisi 7 jejaka muda ini tidaklah segah kumpulan EXO, BTS dan Super Junior. Namun, Muzik Video mereka mempunyai jutaan penonton di laman youtube walaupun masih lagu baru dalam arena muzik Kpop.

Only One Of.

Terbaru, Only One Of yang telah membuat comeback pada 30 Oktober lalu dengan album baru berjudul Line Sun Goodness mengejutkan ramai peminat peminat.

Penampilan terbaru Only One Of.

Bukan saja tampil dengan lagu yang lebih berani konsepnya, penampilan Nine, Love, Yoojung, KB, Mill, Rie dan Junji dalam foto konsep album tersebut mengundang pelbagai respon.

Yoojung (??)/ Lee Taeyeob (???) kanan dan Nine (??)/ Jung Wookjin (???)

Mana tidaknya, penampilan mereka yang sebelum ini seksi dan macho di lihat bertukar kepada imej lebih feminin dan menyerupai wanita.

Junji (??)/ Kim Junhyung (???) kanan dan Mill (?)/ Lee Yongsoo (???)

Sebilangan peminat merasa keliru melihat foto terbaru tersebut kerana mereka kelihatan sangat ayu dan manis dengan berselendang merah. Difahamkan, imej tersebut sekadar teaser untuk muzik video lagu terbaru mereka iaitu Sage.

KB (??)/ Shin Kyubin (???) Kanan dan Rie (??)/ Lee Sungho (???)

Bagaimanapun, Only One Of yang kini sibuk dengan program realiti TV tentang mereka bakal datang ke Malaysia bermula 22 hingga 24 November ini. Mereka dijadualkan mengadakan persembahan di Johor dan Kuala Lumpur. Kunjungan mereka bersempena kempen Only One of hit The Line Tour In Malaysia.

Love (??) atau Park Jisung (???)

Sempena kedatangan mereka ke Malaysia, EH! Korea Buzz diberi peluang untuk mendekati mereka secara eksklusif. Untuk itu, pihak Korea Buzz juga memberikan peluang kepada peminat mereka ini untuk mengirimkan beberapa soalan untuk diajukan kepada mereka.

Anda boleh mengirimkan soalan itu di laman facebook rasmi Korea Buzz. Anda cuma DM saja akaun Facebook Korea Buzz di sini. Soalan yang terpilih berpeluang menangi hadiah misteri dari Korea Buzz.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...