www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Calon Dap Perlu Tahu Hal Yang Diperkatakan Sebelum Buat Kenyataan MB Pahang

0 month ago, 12-Jan-2019



TANAH RATA, 13 Jan – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menasihati calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, M. Manogaran agar memahami dengan lebih mendalam mengenai hal yang mahu diperkatakan sebelum membuat kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang berkata demikian sebagai membalas kenyataan media pemimpin Dap itu bahawa antara masalah utama di Cameron Highlands adalah isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan kononnya hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.

“Seharusnya beliau ketahui bahawa perihal tanah adalah jatuh di bawah kuasa Kerajaan Negeri seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para petani berjumlah 24,007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik termasuklah perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Saya turut percaya, ini semua adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands.

“Kerajaan Negeri Pahang tentunya memberi bantuan sekiranya para petani menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan selama inipun kita bantu,” ujarnya lagi – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts