EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak cakap banyak, KJ jumpa Veveonah di UMS mohon maaf bagi pihak kerajaan

0 month ago, 10-Sep-2020

Selepas viral isu Veveonah Mosibin dihentam oleh timbalan-timbalan menteri berhubung dakwaan menipu berkenaan video peperiksaan diatas pokok, pelbagai pihak telah tampil memberikan kenyataan.

Terkini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah tampil bertemu sendiri dengan Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan memohon maaf bagi pihak kerajaan kerana salah faham yang berlaku.

Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan. Saya juga telah cadangkan untuk Veve berkerjasama dengan @YayasanInovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar. pic.twitter.com/LnK96fTadX

Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) September 10, 2020

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh KJ menerusi media sosial miliknya dengan menyertakan sekali gambar ketika bertemu Veveonah dan ibu bapa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, KJ sempat mencadangkan kepada Veveonah agar bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung pelajar UMS berkenaan dalam pemeliharaan alam sekitar.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif kepada Ahli Parlimen Rembau yang dilihat sebagai hero dalam kemelut yang melanda.

Mereka juga memuji usaha YB KJ yang lebih bersikap positif dalam menangani isu internet yang menjadi perbahasan di kawasan pedalaman tersebut.

: KhairyKJ


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...