EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cabaran besar, menjadikan fasa pemulihan lebih menyeluruh Muhyiddin

0 month ago, 14-Oct-2021

Cabaran besar kerajaan selepas ini adalah bagaimana menjadikan fasa-fasa pemulihan ke hadapan lebih menyeluruh dan lebih cemerlang daripada sebelum ini.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan pemulihan negara akan terarah kepada strategi yang tuntas untuk Malaysia bangkit kembali dari impak pandemik COVID-19.

Ia mencakupi mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

Yang pasti kata Tan Sri Muhyiddin proses pemulihan ini mesti melibatkan segenap aspek kehidupan dan pembinaan negara termasuk perpaduan dan kebudayaan.

“Kita sudah tentu tidak akan dapat kembali seperti dahulu tetapi apa yang sedang kita usahakan ini diharap menjadi lebih baik daripada sebelum pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucaptama pada sesi ramah mesra dan dialog bersama warga Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, felo-felo kanan, felo serta kakitangan institut berkenaan.

Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Mohd Jidin, Tan Sri Sulaiman Mahbob, yang kedua-duanya adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut MASA serta felo kanan antaranya Prof Datuk Dr Denison Jayasooria, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Datuk Dr Madeline Berma.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Institut MASA kerana berjaya menganjurkan majlis ini dan berharap institut ini dapat meneroka lebih banyak bidang penyelidikan dalam isu-isu yang melibatkan rakyat seperti kemiskinan, pendidikan dan pembinaan negara bangsa.

Pada majlis berkenaan Tan Sri Muhyiddin turut berpeluang bertemu, berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dalam banyak perkara terutama yang menyentuh isu pandemik COVID-19 dan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Institut MASA merupakan sebuah badan pemikir bebas yang ditubuhkan dengan fokus awal untuk merangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Institut ini mempunyai 12 felo yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan pendidikan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

‘Cabaran besar, menjadikan fasa pemulihan lebih menyeluruh’ – Muhyiddin The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...