EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cabal, Farah cipta sejarah Colombia

0 month ago, 14-Jul-2019

JUAN Sebastian Cabal dan Robert Farah muncul pemenang pertama dari Colombia menjuarai gelaran beregu selepas menewaskan gandingan Perancis, Nicolas Mahut dan Edouard Roger-Vasselin 6-7(5), 7-6(5,) 7-6(6), 6-7(5), 6-3 dalam masa hampir lima jam di Wimbledon, awal pagi tadi.

"Sukar diucapkan. Saya kerap menoleh ke arah jam ketika set pertama dan kedua. Saya seperti: Kami menamatkan set kedua dan memakan masa dua jam 15 minit. Ini gila, berapa lama masa, kata Farah.

"Sejak itu, kami terus berjuang. Selepas tewas set keempat saya mendapatkan rawatan fisio.

"Kami kembali ke gelanggang dan saya mendapat angin baru. Saya rasa kembali cergas dan bertenaga pada set kelima.

Cabal yang bakal menduduki ranking teratas beregu apabila senarai baru dikeluarkan esok berkata: Kami baharu sahaja menjuarai Wimbledon untuk Colombia, pencapaian besar buat Colombia.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com