www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Busana Perkahwinan Priyanka Chopra Yang Memukau Mata Dunia

0 month ago, 06-Dec-2018


Sebelum ini pasangan sama cantik sama padan ini telah pun memuat naik gambar pre-ceremony mereka, tetapi ini adalah dua busana yang dipakainya ketika berkahwin. Pertama, gaun putih oleh Ralph Lauren yang kamu boleh lihat di muka depanmajalah People.Kamu pasti terpukau melihat veil Priyanka yang panjang berjela tu, kan? Ia dikatakan mempunyai kepanjangan 75 kaki! Untuk Indian ceremony, Priyanka menyarung busana merah yang tak kurang cantiknya. Manakala untuk majlis resepsi di Delhi, dia menyarung busana berkerlipan yang cukup elegan! Tak kelip-kelip mata memandang

Dalam temu bual post-wedding-nya, Priyanka berbicara mengenai perkahwinannya dan bagaimana dia bertukar menjadi bridezilla. Setiap wanita bermimpi untuk menjadi puteri semasa hari perkahwinannya, katanya. Tetapi saya tidak pernah mempunyai pelan tentang apa yang saya akan jadi.

Mereka menjemput 225 tetamu untuk kedua-dua majlis, dan akui Priyanka mereka berdua sangat emosi di dua-dua belah majlis.

It was all tears. All tears, katanya. Saya tak boleh tahan air mata. Saya rasa saya gemuruh dan takut. Tetapi sebaik saja langsir tersebut dibuka, dan saya melihat wajah Nick semuanya seperti telah selesai dan saya tahu saya membuat keputusan terbaik dalam hidup saya.

Tahniah Nick dan Priyanka! Jom cuci mata dengan gambar-gambar mereka


SUMBER : cosmopolitan.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts