EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Busana pink manis sedondon, sekitar majlis resepsi Zarina Anjoulie di kampung

0 month ago, 01-Aug-2020

Selepas melangsungkan pernikahan pada 17 Julai lalu, pelakon Zarina Anjoulie mengadakan majlis resepsi di kampung halaman yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju mengemas kini secara langsung posting di laman Instagram miliknya sekitar majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.

Busana pengantin bertemakan soft pink, pelakon berusia 33 tahun itu tampil sedondon dengan suaminya yang dikenali sebagai Eliyas Azhar sekali gus menyerikan lagi suasana hari bahagia mereka.

Pereka busana dan jurusolek juga tidak ketinggalan memuat naik posting gambar untuk tatapan peminat pelakon drama Anak Pontianak itu.

Terdahulu, Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 namun bercerai pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

: Zarina Anjoulie , Hansmin 2013 , Aizat Abdul Razak


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...