EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KES BUNUH DR FADI: PDRM TUNGGU MAKLUMAT INTERPOL, KEDUTAAN PALESTIN

0 month ago, 12-Jan-2022

Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perincian maklumat melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa Palestin berhubung kes pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi Mohammad Al-Batsh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak berkenaan melibatkan Kedutaan Besar Palestin di Malaysia, Polis Antarabangsa (Interpol) dan agensi-agensi lain di dalam dan luar negara.

“Kami masih menunggu maklumat daripada beberapa pihak yang kami percaya dapat beri pencerahan kepada isu berkenaan dalam melengkapkan siasatan kes ini, katanya seperti dilapor BERNAMA.

ARTIKEL BERKAITAN – PEMBUNUH IMAM FADI DITANGKAP DI GAZA?

Pada 2018, Dr Fadi yang juga merupakan seorang imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, Kuala Lumpur, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Pembunuhan itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel atau Mossad, menurut Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN – PEMBUNUH IMAM FADI DIPERCAYAI PENDUDUK GAZA DIREKRUT MOSSAD

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ketika diwawancara secara eksklusif menerusi Berita Alhijrah, 9 Januari lalu menyatakan pandangannya bahawa suspek pembunuhan Dr Fadi merupakan penduduk tempatan Gaza.

Isnin lalu, PDRM memaklumkan akan memohon agar suspek kes pembunuhan yang dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Palestin pada Ahad lepas itu, diekstradisi ke negara ini bagi tujuan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata PDRM sedang mendapatkan pengesahan berhubung penangkapan suspek tersebut daripada Kementerian Luar, Kedutaan Palestin di Malaysia dan Interpol.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...