EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bunuh bapa tegur main telefon, lelaki direman tujuh hari

0 month ago, 19-Nov-2020

Seorang lelakiyang merupakan suspek kes bunuh bapanya, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata permohonan reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu, dibuat di hadapan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasatmengikutSeksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam insiden 9.30 pagi semalam, seorang lelaki berusia 59 tahun maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang dipercayai akibat perselisihan faham.


Suspek yang kemudiannya melarikan diridengan menaiki motosikalbagaimana pun berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian.

: Bernama



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...