EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

UGUT BUNUH ADIK: PENIAGA DIPENJARA

0 month ago, 20-Nov-2020

KUALA KANGSAR: Gara-gara sebatang rokok, seorang peniaga kecil-kecilan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar selepas mengaku bersalah mengugut bunuh adiknya, Isnin lalu.

Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman ke atas Wan Mohd. Hanif Wan Nik Azhar, 25 tahun, selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohd. Hanif didakwa menakutkan adiknya Wan Hazman Haikal, dengan mengacukan sebilah pisau lipat dengan mengugut mahu membunuhnya selepas mangsa enggan memberikan duit bagi membeli rokok.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Pulau, Padang Rengas, kira-kira pukul 3 petang pada 16 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGGK), Hennie Soraya Hanafi.

Siti Hanida dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat berikutan mangsa merupakan adik kandungnya dan tertuduh tinggal bersama mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan bermula dari tarikh tangkapan pada 17 November.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...