EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bunuh kapten, kru mahu suaka politik

0 month ago, 10-Nov-2019

SEOUL: Dua nelayan Korea Utara yang membunuh kapten dan 15 kru bot kerana mahu ke Korea Selatan untuk mendapat suaka politik bernasib malang kerana dihantar pulang berikutan Seoul menganggap mereka penjenayah berbahaya.

Menurut laporan Daily Mail, dua lelaki berusia 20-an itu diserahkan kepada Korea Utara Khamis lalu, di Zon Bebas Tentera (DMZ) di Panmunjom, penyerahan kali pertama dilakukan Korea Selatan sejak 1953.

Dua nelayan itu dikatakan bersubahat dengan seorang kru untuk membunuh kapten bot kerana tidak tahan didera serta dilayan dengan buruk.

Mereka yang cuba menyembunyikan kejadian itu, membunuh seorang demi seorang kru sebelum mayat semua mangsa dibuang ke dalam laut.

Berdasarkan siasatan, 19 orang menaiki bot terbabit yang berlepas dari pelabuhan Kimchaek Ogos lalu, dan mereka melakukan pembunuhan itu ketika tiba di kawasan berhampiran perairan Russia.

Bagaimanapun, rakan subahat itu berjaya ditahan setiba di pelabuhan Kimchaek minggu lalu, namun dua lagi melarikan diri dengan bot berkenaan.

Mereka diburu oleh kapal tentera laut Korea Selatan yang melepaskan beberapa tembakan amaran sebelum berjaya ditahan Sabtu lalu.

Dua lelaki terbabit memberitahu penyiasat ingin menetap di Korea Selatan namun pihak berkuasa mengesahkan nelayan itu hanya ingin mengelak ditahan.

Korea Selatan melaksanakan dasar menerima warga Korea Utara yang mahu tinggal di negara dan menurut kenyataan kerajaan, ia kali pertama menghantar pulang rakyat Korea Utara sejak berakhirnya Perang Korea pada 1950 hingga 1953.

Penyerahan dua lelaki itu kerana nelayan terbabit melakukan jenayah dan tidak boleh dianggap sebagai pelarian.

Sehingga kini, kira-kira 32,000 warga Korea Utara dilaporkan melarikan diri ke Korea Selatan menerusi China dalam tempoh dua dekad lalu sejak berakhirnya perang itu.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...