EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Buntu soal kewangan, bendera putih, klimaks dlm perjuangan Elyana

0 month ago, 11-Oct-2021

ELYANA. Sepotong nama yang sekian lama dikenali sebagai penyanyi dengan keunikan karakter imej dan rentak nyanyiannya selama di puncak populariti.

Satu sosok tubuh yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan ukiran senyuman lebih-lebih lagi ketika melayani kerenah peminat dan rakan media.

Sejak muncul dengan single pertama Niat pada 2001, perjalanan karier seninya cantik tersusun.

Tidak hanya menyanyi, Elyana turut pernah muncul dalam kaca televisyen menerusi drama fenomena anak muda, Dunia Baru.

Bagaimanapun, radar hidup pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal mula berubah 360 darjah selepas disahkan mengh1d4p peny4kit k4nser limf0ma bermula tahun 2010.

Seluruh dunia Elyana seperti kehilangan obor, semuanya gelap. Perlahan demi perlahan Elyana cuba menerima kenyataan bahawa penyakit paling digeruni tersebut kini bermaharajalela dalam badannya dan bangkit meneruskan kehidupan.

Tujuh tahun merahsiakan status diri sebagai pejuang kans3r, Elyana akhirnya membuat pendedahan mengejutkan ketika siaran langsung program realiti, Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

SOKONGAN suami, Khairul Anuar Husin dan kehadiran anak-anak tersayang menjadi pendorong semangat untuk Elyana berjuang meneruskan kehidupan.

Menjadikan lebih dram4tik, pendedahan tersebut dibuatnya selepas namanya diumumkan tersingkir pada konsert minggu kelima program realiti tersebut.

Dedah Elyana lagi ketika itu, kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi ialah pada 2016, setahun sebelum segala-galanya dibongkarkan kepada umum.

Sepuluh tahun menderita dan berjuang melawan kans3r sejak berusia 23 tahun, Elyana pernah mendedahkan kans3rnya semakin mengganas apabila merebak ke beberapa bahagian lain seperti rahim, hati dan pangkal paha sehingga berat badannya turun mencecah 41 kilogram.

Jujur saya kuat hingga detik ini disebabkan anak-anak dan keluarga. Kata-kata positif rakan-rakan, peminat dan orang ramai turut saya genggam erat sampai sekarang, katanya.

Ujar pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman itu, dia juga hampir putus asa meneruskan segala rawatan kemoterapi dan radioterapi sebagai saranan doktor.

Selain mengakui rawatan tersebut menyakitkan dan memerlukan semangat yang kuat, perkara tersebut turut menghadiahkannya kesan sampingan lain yang tidak semua orang mampu hadapi.

Ujar Elyana, itu belum dikira perihal kos yang perlu dibayar. Sudah berpuluh malahan ratusan ribuan ringgit dileburkan demi merawat kesihatannya.

Selasa lalu, kelihatannya Elyana agak terkesan apabila meluahkan kebimbangan dan kerisauannya mengenai kos rawatan sesi kedua yang menelan belanja RM250,000 dan dijalaninya bermula kelmarin.

ELYANA kini menjalani kemoterapi bagi merawat kans3r yang dihidapinya

Buntu memikirkan soal kewangan, ibu kepada dua cahaya mata ini akhirnya menyerah dan terpaksa mengangkat bendera putih atas perjuangan dan derita yang ditanggungnya selama lebih sedekad itu.

Jujur saya tak pernah nak minta-minta seperti ini. Saya segan dan malu. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai mesej dan mahu menghulur bantuan menampung kos perubatan yang mencecah ratusan ribu ringgit itu.

Saya terima dan hargai jasa baik anda semua. Jujur saya terharu dan langsung tidak pernah terfikir sampai ke tahap ini, luahnya menutup bicara sambil meminta semua mendoakan agar ujian berat yang dialaminya kini diangkat semula supaya dia dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

: Kosmo

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Buntu soal kewangan, bendera putih, klimaks dlm perjuangan Elyana Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...