EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Enam bulan tinggal di tepi jalan, hasrat remaja Cina bertemu Ebit Lew tercapai

0 month ago, 30-Jun-2020

Ustaz Ebit Lew merupakan nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Apa sahaja tindakannya menjadi inspirasi buat ramai orang berikutan cara dakwah yang menyenangkan.

Sebentar tadi, menerusi perkongsian beliau di Facebook, Ebit Lew telah memuat naik beberapa gambar seorang semaja berbangsa Cina yang ditemuinya di tepi jalan.

Kisah disebalik pertemuan tersebut begitu mengharukan kerana menurut Ustaz Ebit, remaja itu sudah enam bulan duduk di tepi jalan berbekalkan beg kecil dan baju yang dibungkus dengan surat khabar.

Menerusi pendakwah tersebut lagi, remaja itu, Lee Weng Keong, 14 ingin bertemunya lebih kurang 2 bulan lepas, namun baru sekarang Ebit Lew berkesempatan berjumpa dengannya.

Tambahnya, disebabkan sudah mengetahui perkara tersebut, beliau telah berhubung dengan salah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Dearah Subang supaya memantau dan memberikan remaja itu makan.

Remaja tersebut juga memaklumkan bahawa dia sering melihat Ustaz Ebit Lew membantu orang susah, disebabkan itu dia ingin meminta bantuan kerana lapar serta mahu menjadi seperti pendakwah itu yang kerap menghulurkan bantuan.

Prihatin dengan nasib Lee Weng Keong, Ustaz Ebit Lew bercadang ingin membantunya untuk kembali menyambung pelajaran dan mencarikan rumah sewa untuknya tinggal kerana remaja itu sebelum ini hanya bergelandangan di tepi jalan sahaja.

Dalam pada itu, diakhir penulisan tersebut, beliau memohon maaf kerana lambat bertemu dengan Lee Weng Keong dan akan berusaha membantu remaja itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, muat naik pendakwah muda itu telah mendapat perhatian warganet. Rata-rata mereka telah meninggalkan komen positif diatas tindakan murni yang dilakukan.

Mereka juga mendoakan agar remaja itu dapat merubah kehidupannya dan berharap rezeki Ustaz Ebit Lew terus dipermudahkan agar dapat membantu menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik.

: Ebit Lew


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...