EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiga bulan terpisah, jururawat ini ceria setelah disatukan semula dengan ibu bapanya yang merupakan OKU

0 month ago, 24-Jun-2020

Demi menjaga keselamatan dan mengelakkan jangkitan COVID-19, seperti yang kita tahu kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Arahan ini secara tidak langsung memisahkan kita dengan ahli keluarga yang jauh di mata.

Selepas tiga bulan tidak bersua, akhirnya seorang jururawat yang bertugas Pusat Pakar Swasta UiTM (PPUiTM) di Sungai Buloh dapat dipertemukan semula dengan ibu bapanya yang buta di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Sebaik sahaja Nurul Rafidah dan suaminya, Mohd Irfan Imanullah Murad, tiba di rumah ibu bapanya yang terletak di Taman Ara Indah itu pada jam 1 tengah hari, mereka memeluk erat pasangan tua itu.

New Straits Times

Sebagai menyambut kepulangan anak mereka yang sudah lama tidak pulang, ibu bapa kepada Nurul Rafidah difahamkan telah menyediakan kek bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran anak mereka pada 1 Jun lalu.

Tiada hadiah lain yang lebih bermakna buat kami melainkan kepulangan anak perempuan dan menantu kami. Kami saling merindui tetapi tidak dapat bertemu kerana PKP. Setiap hari kami hanya berbual menerusi panggilan video dan suara, jelas ibunya.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama anak kesayangan pasangan berkenaan berjauhan dengan ibu bapanya dalam satu tempoh yang agak lama. Ketika masih belajar dahulu, Rafidah akan pulang setiap minggu untuk berjumpa ibu bapanya.

Harian Metro

Bahkan pada tahun pertama Rafidah berkahwin sekalipun, dia memilih untuk kekal tinggal bersama ibu bapanya di sana dan hanya berhubungan daripada jauh sahaja dengan suaminya itu.

Difahamkan bahawa ibu Rafidah buta semenjak dilahirkan lagi manakala bapanya pula menjadi buta pada usia dua tahun kerana sakit. Rafidah kemudian ke Kuala Lumpur pada 15 Mac setelah ditawarkan jawatan jururawat di PPUiTM.

Sepanjang tempoh Rafidah di Kuala Lumpur, ibu bapanya tinggal bersama anak lelaki mereka, Mohamad Shukri Jaafar di rumahnya yang terletak di Kepala Batas.

Saya bimbangkan keadaan ibu bapa saya dan sentiasa mendoakan mereka setiap hari. Saya gembira mereka dalam keadaan yang baik. Malah mereka makin berisi berbanding kali terakhir saya lihat mereka, kata Rafidah.

Tiga bulan terpisah, jururawat ini ceria setelah disatukan semula dengan ibu bapanya yang merupakan OKU Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...