EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

8 Bulan Terpisah Dengan Keluarga Di Singapura, Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Sendirian Di Rumah

0 month ago, 19-Nov-2020

Sedihnya apabila terpaksa terpisah dengan keluarga berbulan lamanya namun lebih perit jika tidak dapat menatap wajah keluarga buat kali terakhir.

Seorang warga emas disahkan meninggal dunia selepas ditemui oleh jiran mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas rumahnya di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Menurut jiran mangsa, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mendapati pintu belakang rumah mangsa terbuka dan bertindak menghubungi pihak polis dan bomba pada pukul 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, mangsa Er Chiang Seng, 77, tinggal seorang diri di rumah dua tingkat tersebut dan sudah terpisah lebih lapan bulan dengan keluarganya yang kini berada di Singapura.

Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang tiba di tempat kejadian membuat pemeriksaan kemudian mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia.

SUMBER: Utusan



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...