EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bulan Puasa Bulan DIET, Menjadi Tak Diet Yang Anda Amalkan? Apakata Cuba Cara Ini

0 month ago, 21-May-2020

DIET EKSTREM UNTUK KAMU INSPIRASI SELEBRITI!

Kaum wanita dan bentuk badan sangat sinonim. Jangan sesekali berani mempersoalkan berat badan atau bentuk tubuh mereka apalagi memberikan komen negatif secara melulu di hadapan mereka mengenai bentuk tubuh kerana ia menjadi isu yang sangat sensitif.

Disebabkan kebanyakkan wanita kini lebih terinspirasi melihat selebriti menjaga tubuh badan, apakata jika anda mencuba diet yang diamalkan selebriti antarabangsa ini untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Mula-mula memang susah tetapi lama kelamaan anda tentu sudah terbiasa. Lebih seronok apabila melihat hasilnya nanti.

DIET HCG
Dramatis Laura Prepon daripada program popular That 70s Show mengakui bahawa metabolisme dirinya kucar-kacir akibat mencuba pelbagai jenis diet. Antaranya, diet HCG atau human chorionic gonadotropin yang melibatkan suntikan hormon daripada ekstrak urin wanita hamil.

DIET VEGAN MENTAH
Bintang tenis, Venus Williams yang didiagnosis dengan sindrom Sjogren pada tahun 2011 telah mengamalkan diet vegan mentah. Ini bermakna, pengambilan makanan hariannya hanya merangkumi buah dan sayuran mentah sepenuhnya.

DIET LIMA TANGAN
Selepas kelahiran anak perempuannya pada Julai 2011, Victoria Beckham tekad untuk kembali ke saiz 0 untuk menghadiri satu majlis pertunjukkan fesyen. Strategi yang digunakan adalah dengan hanya mengambil makanan berprotein tinggi bersaiz segenggam tangan.

Wow, ternyata diet ini sungguh berkesan pada Victoria kerana sehingga kini dia masih mengekalkan tubuh yang langsing. Walaupun sudah berusia 46 tahun, dia masih cantik dan langsing. Shes aging gracefully!

DIET SUP SELADA AIR
Di usia 54 tahun, siluet tubuh aktres British popular, Elizabeth Hurley masih cantik bagaikan anak dara. Bagaimanakah beliau berjaya mengekalkan bentuk badannya? Menurut Daily Mail, setiap hari beliau minum sekurang-kurangnya enam cawan sup selada air untuk menurunkan berat badan. Hasilnya? Mengagumkan!

DIET CUKA EPAL CIDER
Khas untuk transformasi bentuk badan idamannya, bintang filem seksi Megan Fox mengamalkan diet cuka epal cider untuk kembali langsing. Beliau percaya bahawa diet ini berkesan untuk menyingkirkan lebihan cecair dari tubuhnya dan meningkatkan metabolisme meskipun pakar perubatan mendakwa sebaliknya.

6

DIET MAKANAN BAYI
Keanak-anakan? Inilah diet yang diamalkan oleh bintang Friends, Jennifer Aniston. Menurut laporan, beliau mengamalkan diet makanan bayi yang bersumberkan puri, bersaiz kecil dan tulen untuk mengawal berat badan. Setiap hari, sebanyak 14 hidangan makanan bayi diambil untuk tujuan ini.

DIET LIMAU GEDANG
Semenjak tahun 1930-an, diet ini telah wujud dengan pengambilan separuh daripada buah limau gedang sebelum makan. Peminat diet ini menyatakan bahawa buah ajaib ini mengandungi sejenis enzim yang menggalakkan proses pembakaran lemak. Diet limau gedang diamalkan oleh bekas peragawati Calvin Klein, Brooke Shields, untuk mengekalkan siluet tubuhnya.

DIET MASTER CLEANSE (JUS LEMON)
Penyanyi dan pelakon Beyonce yang terkenal dengan gelaran Bootylicious tersebut mengamalkan diet pembersihan unggul ini untuk menguruskan badan. Minuman jus lemon yang diambilnya dikatakan berkesan untuk kurus dengan cepat. Diet ini memerlukan enam atau lebih hidangan jus sehari, di samping herba laksatif untuk mempercepatkan pembuangan.

8


SUMBER : nona.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...