EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

3 bulan potong gaji MENGGELUPUR! Tayang konon makan Maggi kosong.. Diva AA

0 month ago, 09-Jun-2021

Baru-baru ini, gambar mempamerkan ahli politik Azmin Ali sedang makan mi segera atau maggi kosong menjadi tular di serata laman sosial termasuklah Twitter.

Biarpun gambar tersebut sudah lama, ramai yang memuat naik gambar itu semula dan mengaitkannya dengan situasi terkini di mana gaji para menteri dibekukan selama 3 bulan bagi membiayai perbelanjaan COVID-19.

Gagal teruk dh ni pic.twitter.com/UOuwXKtHTZ

Melayu Muka Cina (@xxDonJxx) June 5, 2021

Tidak ketinggalan juga, adik kepada Azmin Ali iaitu pengacara terkenal Azmin Ali atau Diva AA turut berkongsi video memperlihatkan dirinya sedang makan mi segera namun dengan tambahan aneka lauk.

Ada ayam seketul, ada udang dan macam-macam lagi lah!

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kata-kata pengacara itu, seakan memerli tindakan segelintir ahli politik yang berasa diri berada dalam kesusahan setelah dipotong gaji selama 3 bulan.

POODAHHH! GTHHHH PUIII ???????????????????????????????????????????????? pic.twitter.com/gZmnDIoV4J

Diva AA (@DivaAATersohor) June 7, 2021

Jangan jadi bangsat2 attention seekers, 3 bulan kena freeze gaji menggelupur tayang kat rakyat kononnya makan maggi kosong, katanya.

Selain itu, video pengacara berusia 55 tahun itu juga dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang turut memaparkan gambar abangnya, Azmin Ali yang sedang makan maggi.

Jadi, netizen mendakwa video Diva AA itu sebenarnya ditujukan kepada abangnya yang juga merupakan Ketua Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

@aie7448

#fyp #tiktok #fyp? #politiktiktok #politik #politikmalaysia #kerajaangagal #totallockdown #menterilutut

? bunyi asal aie7448 aie7448

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pengacara yang turut dikenali ramai dengan julukan mulut laser terbabit.

Ada juga yang berseloroh mengatakan hanya adik beradik sahaja boleh menegur atau memerli satu sama lain.

: Twitter Diva AA, TikTok @aie7448



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...