EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

#BukitMertajam Sendikit judi atas talian tumpas, polis serbu kondo mewah

0 month ago, 05-Apr-2021

 


Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium mewah semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang Rahimi Raais berkata, polis menyerbu kondominium di Jalan Casa Residensi di sini hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya sejak seminggu lalu.


Empat lelaki tempatan berusia 36 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan pada 1 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Pulau Pinang, kata beliau. Kesemua mereka kini direman bagi siasatan lanjut.


Siasatan awal mendapati premis yang disewa sindiket tersebut dijadikan pusat panggilan untuk pertaruhan perjudian dalam talian.




Sindiket itu menyasarkan penduduk tempatan terutama warga emas dan warga Indonesia sebagai pelanggan dengan menggunakan beberapa laman sesawang perjudian dalam talian, kata beliau ketika dihubungi hari ini.


Kata Rahimi, sindiket yang dipercayai beroperasi 24 jam sehari itu berpindah randah dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.


Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan, antaranya tiga unit monitor komputer, dua unit pemprosesan pusat komputer (CPU), modem, router dan dokumen serta peralatan lain yang dipercayai digunakan sindiket itu dalam operasinya.


Sindiket itu dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit sehari daripada kegiatan perjudian dalam talian tersebut, kata Rahimi.


Kes disiasat menurut Seksyen 4(1)(a), Seksyen 4(1)(b) serta Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

BERNAMA



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...