EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#BukitMertajam Lagi operasi benteras PATI

0 month ago, 12-Jul-2019




Bukan tidak makan cekak tetapi lagi ramai lagi baik dalam menzahirkan kesepaduan tindakan. Itu antara gerakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang dalam usaha membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Operasi Bersepadu berkenaan disertai oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).







Operasi yang disertai oleh 49 pegawai dan anggota itu telah memeriksa kedai-kedai di sekitar Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam sekitar jam 8 pagi tadi.

Pemeriksaan yang dijalankan adalah melibatkan bidang kuasa agensi masing-masing dengan seramai 13 warga asing yang disyaki sebagai pekerja di premis-premis terbabit telah di periksa oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang.

Hasilnya seramai 7 PATI telah berjaya ditangkap atas kesalahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau Pas yang sah semasa pemeriksaan dijalankan. Mereka terdiri daripada 6 lelaki Myanmar dan 1 lelaki warga India.

Tindakan bersepadu ini akan terus digandakan dalam usaha membenteras dan memburu PATI serta mereka yang mengkhianati undang-undang dan kedaulatan negara untuk dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang sedang berkuatkuasa.



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com