EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bukan Mahu Tunjuk Hero Anggota JPJ Yang Dirempuh Hingga Terpelanting Dedah Hal Sebenar

0 month ago, 18-Sep-2023

Baru-baru ini tularnya satu video yang memaparkan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dirempuh oleh sebuah motosikal hingga terpelanting telah mendapat perhatian netizen. Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika pihak berkuasa sedang menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Bukan Mahu Tunjuk Hero, Motor Yang Datang Kearah Saya

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Harian Metro, pegawai JPJ yang dikenali sebagai Muhammad Nur Hakim Mohd Razip, 29, memaklumkan bahawa beliau tidak menahan motosikal terbabit, sebaliknya penunggang motosikal tersebut yang datang kearahnya secara mengejut.

“Saya bukan mahu tunjuk hero, saya tidak menahannya, penunggang motosikal itu yang datang ke arah saya. Saya berada di lorong kanan dan sedang memeriksa kereta. Kami sudah nampak lelaki itu memperlahankan motosikalnya dan lalu di lorong motosikal, namun secara tiba-tiba dia memecut dan menukar arah ke lorong kereta sebelum merempuh saya”, jelasnya ketika ditemu bual pada hari ini, Isnin.

Gambar : Harian Metro

Bibir Koyak Kerana Terhantuk Topi Keledar Suspek

Difahamkan, keadaannya pada masa kini dalam keadaan yang baik meskipun dilihat melambung selepas dirempuh penunggang motosikal yang berusia 25 tahun itu.

“Dalam video kejadian, dapat dilihat saya memegang kaki dan cuba bangun, tetapi rasa sakit. Pada masa itu memang fikiran saya kosong dan tidak tahu apa yang berlaku. Selepas membuat x-ray, doktor memaklumkan tiada tulang yang patah atau kecederaan lain. Terdapat tisu koyak di bahagian belakang kepala dipercayai terhentak pada jalan selain bibir koyak kerana terhantuk dengan topi keledarnya.

“Kaki kiri juga ada calar, bengkak dan rasa sakit kerana dipercayai terkena tayar motosikal”, kongsinya lagi.

Susulan itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf memberitahu pihaknya akan mengambil kira semua faktor sebelum mengadakan SJR di mana-mana lokasi selepas ini. “Dalam kejadian ini, penunggang itu sendiri yang menunggang dalam keadaan bahaya”, jelasnya.

Kredit: Harian Metro

“Bukan Mahu Tunjuk Hero” – Anggota JPJ Yang Dirempuh Hingga Terpelanting Dedah Hal Sebenar Bawang Rangers.