EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Itu Bukan Tahap Saya, Sekarang Tahap Saya Dah Juri Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV

0 month ago, 25-Jan-2023

Sebelum ini, penyanyi dangdut iaitu Mas Idayu telah dicabar oleh netizen untuk memasuki program nyanyian, Gegar Vaganza musim baharu selepas dikatakan sering memberi komen ‘pedas’ kepada peserta yang bertanding.

Perkara itu susulan daripada insiden dalam program Famili Duo dimana penyanyi, Sissy Iman dilihat tidak dapat menahan sebak dan seolah-olah ‘patah semangat’ selepas mengambil keputusan untuk membatalkan album terbarunya dan menjualnya dengan harga RM20.

Advertisement

Tampil menjawab cabaran tersebut, Mas atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun berkata dia tidak gentar untuk menyertai mana-mana pertandingan.

Bukan takut tapi itu bukan tahap saya. Minta maaf, pertandingan bukan tempat saya dah, sekarang tahap saya menjuri.

Menurut penyanyi berusia 51 tahun itu, pengalamannya selama 38 tahun dalam industri seni lebih melayakkan dirinya berada di kerusi juri.

Sejak 16 tahun lalu saya jadi juri, sekarang ni baru saya terima kecaman paling tinggi.

Bukan itu sahaja, Mas berpendapat bahawa seorang penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama tidak perlu memasuki mana-mana pertandingan nyanyian kerana pengalamannya yang seharusnya dipandang orang ramai.

Jangan kerana tak puas hati dengan komen suruh saya masuk pertandingan.

Mereka yang dah legend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka dah ada nama, jangan jatuhkan maruah mereka.

Malah, penyanyi lagu Cintaku 100% itu berkata pertandingan hanyalah untuk penyanyi yang merasakan diri mereka layak sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen suruh mas idayu masuk gv
4 jam lalu

"Kalau Berani Masuklah!" - Sering Bagi Komen 'Pedas, Netizen Cabar Mas Idayu Masuk GV

Itu Bukan Tahap Saya, Sekarang Tahap Saya Dah Juri Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.