EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bukan Setakat Jadi Model Dan Pelakon, Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi

0 month ago, 26-Nov-2019

Meskipun sering dihimpit kontroversi dan dikecam hebat netizen, Haneesya Hanee tetap tidak patah semangat untuk terus mencipta nama dalam industri hiburan.

haneesya hanee

Bukan setakat menjadi model dan pelakon sahaja, kini Haneesya bergelar penyanyi pula dan bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

Menurut gadis berusia 19 tahun itu, dia bukan ingin meraih populariti tetapi hanya sekadar mencuba nasib.

haneesya hanee

Saya terjun ke dunia nyanyian bukan untuk kejar populariti cuma sekadar mencuba nasib. Lagu sudah siap cuma terlalu awal untuk saya berkongsi mengenai lagu ini tetapi saya berkolaborasi bersama sebuah kumpulan pemuzik tanah air.

Mereka yang banyak memberi kata semangat kepada saya untuk mencuba dalam bidang nyanyian. Sebagai pendatang baharu, saya gementar tunggu respon pendengar.

haneesya haneeNampaknya Haneesya sudah mula mengatur langkah untuk mengukuhkan lagi namanya dalam industri hiburan tempatan. Siapa tahu mungkin dia benar-benar berbakat dalam bidang nyanyian?

Berita : XTRA.COM.MY




Live Website Traffic


loading...