EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bukan saya seorang yang penat, Dr Noor Hisham akui penat memerangi COVID-19 namun perjuangan harus diteruskan

0 month ago, 01-Aug-2020

Selama lebih kurang 7 bulan berperang melawan wabak COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengaku bahawa dirinya penat.

Bukan saya seorang yang penat, tetapi kita semua penat, katanya.

Mana tidaknya, beliau mengadakan sidang media harian di ibu pejabat Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya bagi menyampaikan perkembangan terbaru mengenai wabak itu.

MANAN VATSYAYANA/AFP via Getty Images

Tambah beliau, kesiapsiagaan KKM bermula apabila kes itu dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lepas.

Pasukannya juga bekerja keras semenjak daripada itu untuk menghalang penularan wabak tersebut di Malaysia.

Selama tujuh bulan kami telah bekerja keras untuk mencegah penyebaran ini, katanya sambil menambah bahawa KKM harus bekerja keras selama empat bulan lagi.

Seramai 250,000 pasukan petugas kesihatan mungkin akan kembali bekerja selama 20 jam sehari sekiranya kes kembali meningkat.

Jelas beliau, kerajaan tiada pilihan melainkan untuk mengembalikan semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekiranya kes kembali meningkat.

Kalau jangkitan menular dalam komuniti dan tidak terkawal, kita akan bermasalah dan mungkin akan kembali ke PKP atau PKPB, tambahnya.

Beliau juga sempat mengingatkan orang ramai untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

 

Bukan saya seorang yang penat, Dr Noor Hisham akui penat memerangi COVID-19 namun perjuangan harus diteruskan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...