EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bukan saya sengaja sorok calon isteri. Dia lebih selesa begini.. Haqiem Rusli

0 month ago, 07-Jun-2021

Tak dinafikan lagi, ramai peminat terkejut apabila penyanyi terkenal Haqiem Rusli mengumumkan bakan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Memetik temubual bersama Kosmo, tanpa pengetahuan ramai orang, ibu bapa kedua-dua pihak telah pun bertemu dan berbincang bagi memperincikan urusan pernikahan.

Ikutkan kami mahu mempercepatkan tarikh tetapi beberapa urusan seperti borang-borang, ujian darah dan sebagainya, jadi Disember ialah masa paling sesuai.
Tetapi kalau segala urusan lancar, kami tak kisah disegerakan. Lagi pun kami sempat menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama tahun lalu iaitu sebelum PKP yang pertama.
Kalau boleh tentu kami ingin hari bahagia itu nanti mengikut adat, bermula dengan acara merisik dan bertunang sebelum diijab kabul, katanya kepada pihak Kosmo.

Apabila ditanya sama ada calon isteri adalah rakan kongsi restoran yang diusahakannya, pelantun lagu Adlina Marie itu menegaskan hanya akan memperkenalkan pilihan hatinya itu pada hari pernikahan kelak.

Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa gadis itu sendiri yang lebih selesa tidak dikenali sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri nanti.

Biarlah begini. Bukan saya sengaja sorok dia. Dia sendiri yang lebih selesa begini sebab belum sampai masa lagi untuk diperkenalkan.
Cukuplah keluarga saya mengenalinya dan kedua-dua belah pihak mengetahui perhubungan kami, ujarnya.

Selain restu orang tua, Haqiem menyifatkan keperibadian kekasihnya merupakan faktor utama yang membuatkan hatinya terbuka untuk menjadi seorang suami.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan bahawa gadis itu sentiasa berada bersamanya dalam susah dan senang serta menerima segala kekurangan diri seadanya.

Sepanjang 2 tahun perkenalan, dia sentiasa di sisi saya, dalam susah dan senang. Lebih utama dia menerima baik dan buruk saya. Keikhlasannya tanpa syarat, jelasnya mengakhiri temubual.

Terdahulu, ini, Haqiem pernah mengulas mengenai hubungannya dengan model kelahiran Australia berusia 16 tahun yang hanya diperkenalkan sebagai R.

: Kosmo Online (Hanisah Selamat)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...