EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ni Bukan Sekolah Agama, Ni Sekolah Kebangsaan Bapa Berang Subjek PAI 5.5 Jam Seminggu

0 month ago, 12-Jan-2022

Sekarang ini, kecoh di media sosialTwitter tentang masa subjek Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan terlalu lama untuk pelajar berbanding subjek-subjek yang lain.

Isu ini mula disebut ramai apabila tular satu ciapan luahan dari seorang bapa yang menunjukkan jadual waktu anak perempuannya di platform tersebut.

Advertisement

Difahamkan dari ciapan tersebut, dia baru saja memindahkan anak perempuannya ke sekolah baharu dan bila melihat pada jadual waktu di sekolah baru tersebut, dia berasa terkejut dengan masa subjek Pendidikan Islam (PAI) yang berjumlah 5.5 jam seminggu.

Daughter goes to a new school since we moved.

Wow. Sampai 5.5hrs/week for PAI (or related) in total.

That’s the same as Eng, and MORE than Maths and Science (at 2.5hrs and 1.5hrs respectively).

This is NOT sekolah agama ya. This is Sekolah Kebangsaan. pic.twitter.com/9n8DFEUjMP

Rejaie Arbee ?? #LAWAN (@rejaie) January 10, 2022

Beliau turut berkata, masa untuk subjek tersebut adalah sama dengan subjek masa kelas Bahasa Inggeris dan lebih dari masa subjek Matematik serta Sains yang hanya mengambil 2.5 jam dan juga 1.5 jam seminggu saja.

Advertisement

Oleh kerana ciapan tersebut, beliau telah menarik perhatian orang ramai sehingga berlakunya perdebatan sesama mereka terutamanya dari kalangan ibu bapa.

Ada yang menyokong dengan luahan jejaka tersebut dengan mempersoalkan terlalu banyak soal agama tambahan yang perlu anak mereka hafal, sedangkan yang penting hanya sedikit saja.

twitter : Twitter 

Walaupun ada yang bersetuju, terdapat juga segelintir daripada netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan bapa tersebut kerana mereka beranggapan tak semua ibu bapa mampu untuk membiayai pendidikan anak mereka ke sekolah agama ataupun mempunyai masa untuk mengajar lebih mendalam.

twitter : Twitter  
twitter : Twitter  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ahli farmasi HKL biadap
2 jam lalu

"Not My Problem" - Pesakit 'Ajar' Ahli Farmasi HKL Biadap, Terus 'Report' KKM

Ni Bukan Sekolah Agama, Ni Sekolah Kebangsaan Bapa Berang Subjek PAI 5.5 Jam Seminggu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...