EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bukan sebab merajuk. Tuanku Azizah mohon jangan buat laporan polis

0 month ago, 13-Sep-2019

Sejak beberapa hari lepas, media sosial kecoh dengan satu posting daripada seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Asraf yang dilihat bertindak kurang sopan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah.

Secara kebetulan, selepas muat naik tersebut tular, Raja Permaisuri telah bertindak menyahaktifkan akaun Twitter baginda dan sekali gus mengakibatkan warganet mengecam posting lelaki tersebut.

Sedar keterlanjuran yang berlaku, Firdaus telah membuat permohonan maaf di Twitter dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Akan tetapi, warganet masih tidak berpuas hati dan ada yang lebih berani telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan berhubung muat naik tersebut.

Oleh sebab perkara tersebut, baginda Raja Permaisuri Agong telah menyampai mesej dengan menjelaskan mengenai penutupan akaun Twitternya bagi menjernihkan kembali keadaan.

Perkara tersebut turut disampaikan oleh anakandanya iaitu Tengku Afzan menerusi Twitter rasmi baginda.

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna Twitter mulai memahami keadaan tersebut dan akur dengan sebab utama yang dinyatakan oleh baginda.

Mereka turut meninggalkan komen diruangan posting Tengku Afzan tansa menyokong dan merindui Raja Permaisuri kesayangan rakyat.

: Amirul Shafiq Ahmad Zuperi, Tengkuafzan

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com