www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Saya tahu ini bukan kali pertama Wanita Traauma Jiran Sebelah Pecah Masuk Rumah Hanya Pakai Seluar Dalam Sahaja

0 month ago, 08-Nov-2018


Sebagai seorang wanita, langkah berhati-hati sudah semestinya perlu diambil kira jika tinggal berseorangan di rumah. Lebih-lebih lagi jika baru berpindah rumah memandangkan masih belum kenal dengan persekitaran kediaman itu.

Siapa lah yang tak traauma jika rumah baru sahaja yang di diami menjadi ancaman jiran. Nur Faeza Sulaiman traauma bila mengetahui jirannya memecah masuk sewaktu dia tinggal berseorangan.

Pecah masuk rumah hanya berseluar dalam

:Blog

Kejadian berlaku di rumah sewanya di Kampung Padang Jambu, Dungun, Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari. Dia sempat merakamkan imej individu terbabit sedang memecah masuk rumah dengan hanya berseluar dalam sahaja.

Saya keluar untuk membeli barang dapur pada jam 11 pagi dan sebaik pulang ke rumah, saya terkejut melihat tangan seorang lelaki berada atas pintu tingkap dapur.

Kebetulan saya tinggal seorang manakala suami bekerja, tidak tahu apa perlu dilakukan saya terus mengambil telefon untuk ambil gambar lelaki yang juga jiran sebelah rumah yang hanya memakai seluar dalam,katanya ketika dihubungiBerita Harian, semalam.

Saya tahu ini bukan kali pertama

:Blog

Dia tinggal di rumah itu tidak sampai setahun dan difahamkan, itu bukan kali pertama lelaki berusia 40-an terbabit memasuki rumahnya.

Saya tahu ini bukan kali pertama, ketika saya tiada di rumah pun dia akan masuk juga, cuma saya tiada bukti.

Betullah firasat saya selama ini, dia memang memasuki rumah saya untuk mengintai dan mencari peluang mencuri,

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Saya traauma

Saya traauma, semalaman saya tidak tidur kerana terbayang muka dia. Suami terpaksa tidak pergi bekerja kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku ke atas saya.

Kami ada juga menunggu dia untuk bertanyakan hal berkenaan, namun dia tidak pulang ke rumah langsung,

Saya mahu polis mengambil tindakan, kalau ikutkan rasa marah ini saya dan suami boleh ambil tindakan sendiri namun kami percaya pada undang-undang negara.

Saya tahu ramai juga yang mengecam selepas memuat naik gambar lelaki itu, namun saya yang merasai ketakutan ini dan berharap dia segera ditahan,

Pasangan itu kini sedang mencari rumah sewa baru,Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan suspek sedang diburu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

: lobakmerah



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts