EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Bukan Patuh Ini Bodoh King Coco Bidas Kenyataan Prof Muhaya

0 month ago, 10-Jun-2021

Kontroversi perbahasan Profesor Dr. Muhaya mengenai isu Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh masih lagi hangat diperkatakan.

King Coco Bidas Kenyataan Prof Muhaya

Jika sebelum ini, Dr. Amalina membidas kenyataan Prof Muhaya mengenai wanita harus bersikap bodoh-bodoh sedikit di hadapan lelaki dan tidak menjadi terlalu berdikari, terbaru selebriti media sosial, King Coco pula tampil memberi pandangannya.

IKLAN

Harus Saling Menghormati

Sama seperti Dr.Amalina, menurut Coco atau nama sebenarnyaMarshaira binti Ismail, pemikiran sebegitu harus dihapuskan kerana seorang wanita tidak perlu menjadi bodoh hanya kerana enggan dilihat seperti kurang ajar sekiranya mereka disifatkan lebih pintar dari suami.

Pandai bukan bermaksud kurang ajar. Memberi pendapat bukan bermaskud melawan luah Coco

Tegas Coco, dia turut berkata dalam hubungan seharusnya saling menghormati dan mengetahui batas antara satu sama lain. Malah, dia turut menyimpulkan bahawa ajaran dalam Islam, Nabi telah meletakkan darjat yang sangat tinggi buat seorang perempuan.

Nabi meletakkan darjat seorang perempuan sangat tinggi. Bukan suruh jadi bodoh bodoh sikit katanya lagi

Di media sosial, orang ramai mempertahankan kenyataan pakar motivasi itu kerana beranggapansesetengah netizen telah menyalah tafsir mengenai pandangan Prof Muhaya.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...