EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Aku Bukan Nak Menghina Makanan Tapi.. Review Paling Jujur Sharnaaz Terhadap Sup Jolo Dato Aliff Memang Mengejutkan!

0 month ago, 08-Jun-2021

Pastinya ramai yang sedia maklum bahawa Dato Aliff Syukri ada mengeluarkan produk makanan iaitu Sup Jolo dan Mee Soho. Harga bagi setiap pek tersebut adalah RM16.90. Sup Jolo ini didatangkan sekali dengan isi seperti pek meatball (bebola daging), minyak, kicap, serbuk cili kering dan kriuk (seperti keropok rangup).

Memang tidak dinafikan produk makanan keluaran Dato Aliff ini mendapat perhatian ramai. Ada yang mengecam dan ada yang mengatakan ianya sedap. Citarasa orang lain-lain, pastinya akan ada perbezaan pendapat.

Malah baru-baru ini Sharnaaz Ahmad juga turut membuatreview ke atas Sup Jolo menerusi akaun YouTubenya. Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah reviewjujurnya. Mana tidaknya, baru suap ke mulut, muka Sharnaaz seolah-olah menjelaskan yang Sup Jolo ini tidak sedap.

Mimik muka Sharnaaz yang seakan terkejut setelah menyuap suapan pertama ke mulut itu terus membaca kembali arahan penyediaan pada bungkusan Sup Jolo itu. Cara penyediaannya sudah betul namun rasanya yang agak pelik membuatkan Sharnaaz kurang senang.

Tapi apa cerita ni mad? Eh.. Minta maaf nak cakap Aliff Syukri. Aku tak tahu mungkin aku punya budak salah masak ke. Tapi gambar hang dengan apa yang jadi ini orang kata seakan-akan sama boleh terima jugak. Ini tak sama teruih weh

Dalam masa yang sama Sharnaaz Ahmad mengakui bukan untuk menghina makanan. Tetapi harga dengan rasa tidak setanding dan mohon pihak Dato Aliff Syukri menyemak kembali produk makanan keluarannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah bersetuju dengan Sharnaaz Ahmad. Dan ada juga yang kehairanan adakah Dato Aliff tidak membuat R&D dulu sebelum pasarkan produk berkenaan memandangkan ramai yang komplain.

Ada lagi orang yang berani review jujur

Aku ni haters sangat dengan mamu

Sup jolo memang harga tak berbaloi

: Youtube Sharnaaz Ahmad Tv



SUMBER : dailymakan.com



Live Website Traffic


loading...