www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ni Bukan Mandi M A Y A T, Ni Mandi Nak Jadi M A Y A T 5 Kali C U R I Tabung Masjid, Lelaki Dimandi J E N A Z A H Oleh Orang Surau!

0 month ago, 14-May-2019


Please follow and like us:

0

Bersempena bulan baik ni, admin ingat ramailah yang akan buat amal ibadah dan tinggalkan perkara yang mungkar serta tidak berfaedah. Tapi tak sangka pulak, seorang lelaki di Sungai Tiram, Johor Bahru ini berani memecah tabung surau dan mencurinya.Astaghfirullah

MenurutSinar Harian,sebagai pengajaran kepada perbuatan terkutuknya itu, jawatankuasa Surau At-Taqwa, Kampung Mulia bersepakat menangkapnya dan memandikan pencuri tersebut di tempat mandi jenazahpada Ahad lepas (13 Mei 2019).

Pihak surau tak berniat memalukan tapi nak beri pengajaran

Menerusi rakaman video yang viral di Facebook, lelaki terbabit dilihat telah diarahkan pihak surau untuk baringkan diri di atas tempat mandi jenazah, sebelum disirami air ala-ala sedang memandikan mayat. Hadoii.. sampai menangis member tu ha.

Dalam pada itu, jawatankuasa surau berkata tindakan mereka jelas tidak berniat untuk malukan mana-mana pihak termasuklah lelaki terbabit, tetapi cuma hanya ingin beri pengajaran kepada pelaku.

Terdahulu, sudah beberapa kali kes pecah tabung surau dan curi beg tangan jemaah wanita ketika menunaikan solat berlaku. Jadi pihak surau ini berharap ia menjadi ingatan kepada individu lain supaya berhenti melakukan jenayah ini.

Kejadian pecah tabung ini sudah lima kali berlaku sejak dua tahun lepas suspek juga telah pecah tabung pada 10 Mei lalu

Menurut Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, Ramle Ahmat, kejadian seperti ini sudah lima kali berlaku sebelum ni dan suspek juga telah cuba masuk serta pecah tabung pada 10 Mei lalu.

Sebenarnya kejadian pecah tabung ini sudah lima kali berlaku di surau yang sama sejak dua tahun lepas. Suspek yang tertangkap pada hari ini juga telah cuba masuk dan pecah tabung pada 10 Mei lalu.

Kami mendapat maklumat setelah melihat CCTV dan pada hari ini, berlaku lagi orang yang sama buat, dan berjaya ditangkap oleh orang kampung serta AJK surau,katanya.

Kejadian yang terbaru ni pula katanya telah berlaku sekitar jam 9.15 pagi dan dimaklumkan oleh AJK lain 10 minit kemudian, sebelum perkara ini dilaporkan ke Balai Polis Ulu Tiram sekitar jam 11.20 pagi.

Sebenarnya bukan setakat pecah tabung sahaja, ada juga kes curi beg tangan jemaah wanita yang sedang menunaikan solat pada tahun lalu dengan kerugian dianggarkan lebih kurang RM1,000 selain pecah masuk bilik imam,kata Ramle.

Niat tak menghalalkan cara bro, tengok dari segi pakaian sihat tubuh badan otak berfungsi dengan baik. Boleh cari kerja yang halal tak perlu mencuri

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang sokong habislah dengan tindakan ahli surau tu. Yelah kan, kalau bagi pengajaran biasa-biasa memang tak jalan pencuri ni.

Walau bagaimanapun, tak semua yang menyokong. Ada yang merasakan tindakan ni mcm mengaibkan lelaki terbabit. Ada banyak lagi cara lain untuk menghukum.

Apa-apapun min berharap pencuri tersebut bertaubatlah dari kesalahan yang dilakukannya. Sudahlah bulan puasa ni kan. Kumpullah pahala, bukan buat dosa!

: LobakMerah




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts